Wednesday, January 28, 2009

Makan di Sushi King

Aku dah lama tak makan sushi, so hr tu aku ajak abg n kak ipar aku g makan kt situ. Sushi merupakan makan fav aku sejak belajar kt U lagi. Dah lama tak cicah wasabe, kali ini terangkat habis..lps makan sushi singgah jap kt Secret Recipe beli pula New York cheese cake..aku kalu jalan tak sah beli cheese cake..nak balik jer rumah terserempak ngan mawi dan ekin..mawi peramah gak..tp ekin masam la..nmpk mcm nak rushing jer..tp aku tak kisah..sapa la aku di mata mereka, cuma peminat jer..aku peminat mereka ke?
looks interesting huh? taste like sup daging jer hehehe
tunduk jer ..tak pusing mana2 sbb menikmati mee
jemput makan..dozu..dozu

Jamuan Akhir Tahun n Majlis Perpisahan Ustaz Zamri

Aku rasa dalam minggu ni asyik makan jer, tp yg penting badan mesti maintain hehe..sbb lps makan jer aku pg joging. Pelik kan jamua akhir tahun..tp naper buat pd awl tahun..yelah akhir tahun tak sempat sbb semua cikgu2 nak pg bercuti. Jamuan kali ni dibuat di Mutiara Hotel Johor Bahru. Aku pg ngan GB aku sbb malas nak bawa keta. Komen skit pasal makanan kt situ tak berapa sedap la..mmm aku lebih suka tmpt pd tahun lps...tp apa2 pun terhibur gak hati bila smuaa cikgu2 tunjukkan muka kekenyangan hoho. Aku pun sama, dah kenyang tp aku masih lg nak makan hehehe..nafsu semata2. Jamuan kali ni juga meraikan perpisahan ngan usataz Zamri atau lebih dikenali ustaz rock. Sepanjang aku bekerja kt sini tak pernah nmpk kepala Zamri tumbuh rambut sbb kalu panjang ckit mesti dia cukur..aku tak sbb apa.. malas nak menanya. Sedih gak bila dia tak ada sbb dia byk tunjuk ajar aku




yg belakang tu apa hal nak posing sekali...





kak badar..mata tgk camera...




yea yea dtg juga kak zaharah...wpn ada mesyuarat kt JPN





sapa yg paling comel antara kami ? hehehe






senyum jer Zamri, tp dalam hati sapa yg tau

meh amik gmbr ngan cikgu Ayu

smile...tp Amatul nak kiss sapa? hehehe



ni lg satu kak Zaharah..tp dia pembantu Pra Sekolah





Gb aku Pn Sarifah...ttp maintain anggun gitu






tak habis2 nak amik makanan lg hehehe

muka aku yg kekenyangan tp ada hati nak makan kek lagi

tgk la kek yg aku amik..penuh satu pinggan tp tak habis gak.....membazir jer hehehe

Tuesday, January 27, 2009

Reunion SKNC

Ahad yg lepas, aku bertemu ngan x-student SKNC di hotel Pan Pac. Meriah btul bila jumpa kawan lama...macam2 story kuar..ada yg dah kawin ade yg belum..ada yg bawa anak...rugilah sapa yg tak dapat datang. Tp ada suatu part aku dikenakan oleh kawan aku la..biasala org single ni kena usik-mengusik. Setelah sekian lama tak jumpa, muka masing2 ada yg dah berubah..kalu tak jumpa hr tu, mesti dah tak kenalnya. Tp aku datang perut aku tak berapa lapar sangatla..so makan tak berapa byk la. Anyway aku ttp enjoy..hopefully lps ni lebih grand lagi







comelnya anak kawan aku

Wednesday, January 7, 2009

jom tonton

Ada beberapa movie yg aku shortlisted utk aku tonton pd thn 2009. Antaranya
  • Harry Potter andthe Half-Blood Prince
  • Underworld: Rise of theLycans
  • X-Men Origins: Wolverine
  • Watchmen
  • Star Trek
  • Terminator Salvation : The Future Begins
  • Transformers: Revenge of the Fallen
  • G.I. Joe: Rise of Cobra
  • StreetFighter: The Legend of Chun-Li
  • Angels & Demons
  • Friday the 13th (remake)
  • New moon

Lambatnya citer ni nak kuar..tak sabar rasanya. jom sneak preview citer x men origins

ni preview watchmen..mcm menarik..starting lagu smashing pumpkin..my fav

Monday, January 5, 2009

First day at school


Hari pertama persekolahan di sk aku sibuk dgn ibu bapa yg menghantar anak mereka ke sekolah. Seperti tahun lepas, ada murid yg belum boleh sesuai dgn persekitaran sekolah. Biasalah murid tahun 1, masih baru dan tidak mahu berenggang dgn ibu bapanya. Hari ni juga aku berjumpa dgn boss lama aku masa di Harta Consult iaitu En Mohd Noor. Rasa dah dekat 8 tahun la aku abis praktikal di Harta Consult. Anak bekas bos aku pun dah sekolah. Tanpa aku sedari, sekejap jer masa berlalu meninggalkan aku. Bagi aku masa tak menunggu tp aku kena kejar masa utk menyiapkan tugasan aku. Kini tahun baru membuka tirai utk aku cuba menguruskan waktu dgn lebih baik. Kurangkan melakukan benda yg tak berfaedah dan mahirkan diri dalam pelbagai bidang dan tingkatkan iman aku sempena sambutan awal muharam baru2 ni.
Perkara yg pertama yg mesti diselesaikan ialah dengan membuat jadual waktu serta jadual tugasan. Alhamdulillah semuanya telah aku buat sehabis boleh sbb kalu aku tangguh, banyak perkara lain yg perlu aku selesaikan. Sekarang ni hanya menanti melengkapkan register murid jer.
Kesabaran aku pd tahun ini diuji apabila aku mengajar kelas yg plg lemah. Murid yg lemah ni ptt dibimbing dgn baik. Tp apa yg aku dapati murid2 yg aku ajar pd thn ni bukan shj lemah tp malas. Aku berasa pelik bila jawapan yg terpampang tulis kt depan pun masih ada yg salah tulis. Apatah lagi bila hendak menyalin, dengan slow motion nya mrk membuat kerja. Tahun ni aku mesti banyak2 bersabar.

Sunday, January 4, 2009

Menjadi ahli

Sewaktu cuti sekolah yg lepas, aku telah mendaftarkan diri utk menjadi ahli perpustakaan. Yelah rumah hampir dgn kemudahan ini, apa salahnya aku libatkan diri aku dgn aktiviti yg berfaedah spt membaca buku. Perpustakaan yg aku maksudkan ialah perpustakan awam negeri johor. Kalau dulu perpustakaan ismail sbg tmpt aku mdptkan sumber maklumat, kini telah diganti dgn perpustakan awam. Buku di perpustakaan awam kelihatan baru dan byk yg terkini. Sayangnya aku hanya boleh meminjam 2 buah buku berbeza dgn 3 buah buku di perpustakaan ismail. Bayaran pendaftarannya tidaklah mahal kerana semua mampu utk membayarnya.
Bercerita ttg buku, aku sudah menghabiskan buku twilight, new moon serta eclipse. Cuma tinggal buku breaking dawn jer dalam proses menamatkan trilogy ceriter twilight.
Pada mulanya, apabila aku membaca buku twilight, aku menyukai kisah percintaan Bella dgn Edward. Tp setelah membaca kisah yg seterusnya iaitu new moon dan eclipse, minat aku beralih arah kepada jacob. Ramai org memberi pandangan yg berbeza setelah membaca buku tersebut. terpulanglah kepada minat masing2 tp yg penting aku lebih suka Bella bersama Jacob. Pilihan dia memilih Edward kurang tepat krn dia telah menghancurkan hidupnya sbg mortal kepada immortal. Betullah kata org cinta itu buta, bila dah jatuh cinta, semua turutan kasih diturutkan.

kembali ke sekolah

Sebelum sesi persekolahan bermula, sekolah aku telah mengadakan mesyuarat guru kali pertama. Meeting kali ni mmg lama sbb membincangkan ttg meningkatkan prestasi sekolah dalam pencapaian UPSR. Dalam meeting ini juga, buku rekod, register murid dan takwim sekolah diberi kepada guru2. Semasa meeting ini juga membincangkan ttg isu pungutan yuran kerana pihak sekolah dilarang memungut yuran sehingga diberitahu oleh pihak atasan. Tahun 2009 juga, aku secara rasminya dilantik sbg guru kelas tahun 4 serta beberapa jawatan lain yg penting utk aku ..
Dalam 2, 3 hari yg lepas aku telah membuat persediaan untuk kembali semula bertugas di sekolah. Seperti biasa, barang2 yg perlu aku sedia ialah pen merah dan pen hitam. Pen merah biasa digunakan utk menanda buku dan pen hitam pula utk menulis buku rekod. Tapi aku paling pelik ialah pen tersebut kadang2 boleh hilang di sekolah sbbnya sewaktu kerja sdg sibuk, secara tak langsung aku tak ingt pen itu aku letak di mana. Kadang2 aku beri pinjam pd kawan sekerja dan mrk lupa utk memulangkan semula kpd aku. Kali ini aku beli byk pen utk dibuat stok simpanan aku. Tak kurang juga dgn kertas warna utk menceriakan kelas. Ada juga beberapa peralatan yg lain yg tak perlu aku sebutkan di sini tp yg penting barang2 ni yg byk duit aku laburkan utk keperluan aku. Ini tak termasuk dgn duit lembaran kerja utk murid melakukan aktiviti dalam bilik darjah. Semuanya itu aku lakukan dgn hati yg ikhlas sbbnya bg aku apabila murid kita berjaya, kita akan tumpang gembira dgn kejayaan mereka.
Oleh kerana aku mgajar subjek PJPK, aku juga menyediakan beberapa pasang baju dan seluar sukan. Tak sabar rasanya utk mengajar subjek PJPK kerana kali ini aku mengajar tahun 1. Dalam berbelanja, aku perlu berjimat cermat kerana sekiranya brg yg lama boleh digunakan semula, aku gunakan semula. Apabila sekolah sudah bermula, byk tugasan yg perlu aku uruskan dan aku mengharapkan kali ini tugasan tersebut dapat diselesaikan dgn baik serta berjalan lancar.

Thursday, January 1, 2009

Tahun baru

Memandangkan kerana menyambut tahun baru, aku menginginkan satu perubahan besar dalam blog aku..blog dulu sudah aku padam isi kandungannya semua. Perlukah aku melakukan ini semua..penat2 buat tiba2 aku padam. Sebelum ni tak terfikir pun nak buat kerja ni. Sempena sambutan tahun baru, aku mahu sesuatu yg baru, jadi inilah hasilnya. Mungkin ramai teman2 ku terkejut dgn keputusan aku memadamkan isi kandungannya ttp ini yg aku inginkan iaitu sesuatu yg baru lagi segar dalam ingatan. Mungkin tindakan aku sesuatu kerja yg sia2 dan bodoh sbb mana mungkin setelah berhempas pulas menulis tiba2 hasilnya ini. Adakah selama ini aku tidak berpuas hati dgn blog aku sblm ini. Mungkin juga.. Byk memori 2008 tidak dapat aku kongsikan bersama walau apa pun kan ku cuba ceritakan pada blog baru ku ini. Peluang utk menulis bergantung kpd keluangan masa ku. Tahun 2008 berlalu pergi dengan kenangan pahit dan manis. Kini aku berhadapan dengan tahun 2009 yg perlu aku tempuhi dengan jiwa yg kental dan cekal. Semoga hr yg mendatang membawa aku bahagia buat selama-lamanya. Selamat
datang tahun 2009.
.