Tuesday, February 10, 2009

LUAHAN HATI SEORANG CIKGU

Ramai orang kata cikgu ni kerja senang...
pukul 1 petang dah boleh pulangkalau masuk kelas,
bebel-bebel sikit,
lepas tu keluar.........
Ramai orang kata cikgu ni kerja senang..........
boleh marah sesuka hati pada budak kerja rileks tak pening kepala....
banyak sembang di bilik guru dari buat kerja.....
Ramai orang kata cikgu ni kerja senang.......
banyak cuti dari bekerja...
TETAPI
Orang tak tahu.....
Memang kami balik jam 1.00,
tapi lepas tu ada aktiviti kokurikulum
petang dan malam terpaksa mengajar kelas tambahan dari pihak sekolah...
kekadang tak ada masa untuk diri sendiri.
Ramai orang tak tahu.......
masuk kelas bukan membebel macam tu saja,
sebelum masuk
kena buat persediaan mengajar/ mengeja kena marah dek cikgu,murid tunjuk muka..
terus report pada emak ayah dia
silap hari bulan keluar paper atau masuk berita
penyudahnya cikgu kena tukar ikut suka depa....
Ramai orang tak tahu.......
cikgu bukan kerja rileks habis kerja kena buat kerja lain,
kerja perkeraniaan,
isi data budak,tulis surat, hantar budak ke klinik.
hantar budak pertandingan,tanda buku latihan,buat soalan ujian,peperiksaan hantar data,
menaip dan macam-macam lagi terpaksa dibuat.....
Ramai orang tak tau....
kalau sekolah cuti,
cikgu kekadang kena ke sekolah juga sebab nak siapkan kerja
Ramai orang tak tahu...
cikgu dah mula pening kepala dan stress bukan layan karenah budak,
tapi dok layan karenah mak bapak..
Ramai orang tak tahu cikgu ni moto dia ada satu saja '
saya yang menurut perintah'
Sekarang kami nak bagi tahu hargailah pengorbanan seorang insan bergelar
"CIKGU"

Saturday, February 7, 2009

sayang gila

lagu ni baru, tp bg aku sedap didengar...aku suka ngan rentaknya..aku tau kumpulan boy yg nyanyi lagu ni tp tak tau la dr indon @ malaysia..liriknya camni


Bukan nya senang untuk ku jatuh cinta

Sudah banyak hati anak dara kecewa

Aku takut diikat janji setia

Selagi tak rasa yakin dengan cinta

Tapi sejak kauKu berubahRimau gagah jadi lemah


*Percaya ke tahap cinta ku kini sayang gila pada mu

Tak pernah ku merasa begini pada pacar lama ku

Percaya ke tahap cinta ku kini sayang gila pada mu

Pasti aku lemah lutut sekiranya ada engkau menyebutbahawa kau juga rasa sayang gila pada ku

Dahulu ku pentingkan kebebasankini sunyi seminit pun tak tahan

Sebelum ini ku lari dari cintakerana tak mahu bermain jiwa
(Repeat chorus)
Engkau sayang gila pada ku
Rimau gagah jadi lemah
(Repeat chorus *)

Sunday, February 1, 2009

Hati-hati risiko guna kad debit

sesapa yg dah ada kad debit tu berhati-hatila yer
Pemegang kad debit menghadapi risiko hilang semua simpanan dalam akaun tanpa jaminan bank jika kad itu disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, kata Gabungan Persatuan- persatuan Pengguna Malaysia (Fomca).
Setiausah agungnya Muhammad Sha'ani Abdullah berkata sindiket penipuan boleh mencuri data pemilik kad untuk diklon sebagai kad debit palsu untuk membeli barangan, lapor Bernama.Tambahnya, kerana kad debit disambung terus kepada akaun pemegang kad dan sebarang pembelian menggunakannya, wang akan ditolak serta-merta daripada akaun pengguna."Ini bermakna risiko terletak sepenuhnya pada pemegang kad debit dan bank tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang dialami oleh pemegang akibat penyalahgunaan kad berkenaan," beliau dipetik berkata hari ini.
Berbeza dengan pengguna kad kredit yang mendapat jaminan tertentu bank, pemilik kad debit tidak mendapat jaminan sedemikian."Jika kad kredit disalahgunakan oleh pihak tertentu, maka pemegang boleh mempertikaikan jumlah perbelanjaan dan menuntut semula bayaran dari bank," katanya.Muhamad Sha'ani, yang juga ketua eksekutif Pusat Perkhidmatan Aduan Pengguna Nasional (NCCC), menambah bank tempatan membuat promosi kad debit secara agresif sejak tahun lepas dan pengguna perlu berwaspada untuk memilikinya.
Bagaimanapun sumber perbankan menjelaskan, risiko kad debit adalah minima apabila digunakan dalam negara kerana penggunaannya berdasarkan tandatangan pemegang dan kad mempunyai cip keselamatan.
Tambahnya, seperti dipetik agensi berita itu, pemegang kad debit tidak perlu berhutang untuk berbelanja kerana mereka hanya dapat berbelanja mengikut jumlah simpanan dalam akaun sahaja."Ini membantu mendisiplinkan pengguna dari segi perbelanjaan yang tidak perlu atau menanggung hutang berlebihan," kata sumber yang tidak didedahkan identitinya.Kad debit itu baik untuk bank kerana mereka tidak perlu memberi sebarang kredit kepada pemegang dan sekali gus mengurangkan risiko pinjaman tidak berbayar, tambahnya.