Monday, March 30, 2009

Majlis anugerah cemerlang

Majlis Anugerah Cemerlang yg diadakan di dewan sekolah berlangsung dengan jayanya walaupun sebelum tu ada masalah ttg pemberian bunga kepada murid2 yg dapat 5A. Aku yg handle bahagian hadiah rasa mcm tak cukup jer dgn duit RM5 utk beli bunga. Itu jer yg diperuntukkan, almaklumlah kena berjimat cermat. Aku nak cari kt mana bunga ros yg kosnya cuma RM5. Masa meeting, mcm2 pendapat yg aku terima. Akhir sekali aku ikut kawan aku pegi beli bunga area Jalan Sultan Ibrahim. Kt situ pulak tak de bunga ros, yg ada cuma bunga kekwa..ialah kt situ kebanyakannya utk tujuan sembahyang kaum india. Fikiran aku dah buntu, kedai bunga yg kt bandar pun dah tutup. Akhir sekali baru aku temukan satu idea. Aku teringat yg kawan aku ada sebuah kedai yg jual gift kt Hospital Pakar. Apa lagi..terus jer contact dia. Bertuahnya aku sbb kawan aku sanggup tolong aku.



susunan hadiah yg tak seberapa

mana datangnya kamus tu, sebelum ni tak de yg beritahu aku ttg kamus


leh pulak bergambar dgn budak2 ni


Miss Hayati (aka yati) yg tumpang sekaki bergambar


mc aku masa hr tu...

buruknya sekolah aku..dah berlumut kt belakang tu

semburan asap

Kejadian ni berlaku semasa berlakunya wabak denggi kt kawasan rumah aku. Sebenarnya kerap juga semburan asap dilakukan oleh jabatan kesihatan bg mencegah pembiakan nyamuk aedes. Nak jd kan suatu cerita, ayah aku pg lah buka pintu rumah sewaktu aktiviti penyemburan tu..dan kesudahannya abis la satu rumah aku berasap dengan bau yg busuk..kalu wangi tak pe la. Ye la..masa tu ayah aku beranggapan dengan membenarkan asap tu masuk leh matikan nyamuk aedes tp tak menyangka asap masuk ke dalam rumah aku dengan begitu byk sehinggakan satu benda pun tak boleh lihat...nak buka tingkap tak boleh gak sbb...kt luar pun masih disembur dgn asap.. drpd nak mencegah nyamuk aedes, keluarga aku terpaksa menghidu asap yg busuk..alamak jerebu la seketika kt rumah aku waktu tu..

tahap jerebu yg serius ni..

rumah berasap...

Sunday, March 8, 2009

Perabot



Aku tgk2 jer perabot di Cavenzi, bukan nak beli pun. Tp perabot kt situ leh tahan gak. Perabot kt situ semua fesyen yang terkini. Teringin gak nak beli tp rumah aku kecik, kt mana aku nak letak. Cavenzi ni ada 2 outlets tp bukan dr satu company. Itu yg aku pelik, sbb aku pg Cavenzi kt Taman Pandan ada sale utk clearance stok tp yg dekat Taman Daya tu cuma brg tertentu jer yg sale. Walaupun mrk ni satu brand yg sama tp gudang mrk berbeza. Itu mcm ka?


Lps tu, aku singgah jap makan Burger King, sbbkan teringin nak makan burger. Sambil makan, aku borak ttg isu semasa dan sewaktu dengannya sama member aku.






Oleh kerana mggu ni sale kt Jackel, singgahlah gak tgk kain. Kali ni aku beli kain putih bg baju rasmi PPI untuk dipakai pd setiap hr Rabu. Sekarang ni, aku kena pakai pakai baju rasmi PPI sama gak dgn murid. Bila aku tgk kain, aku teringat baju raya aku yg thn lepas tak siap2 lg sehingga kini. Ini disebabkan tailor aku sakit.

Br2 ni aku call tailor aku menanyakan baju aku, dia cakap dalam proses. Lamanya nak menunggu. Lps ni aku malas nak cari dan beli kain. Beli jer yg dah siap. Puas hati dah leh pakai itu jam juga.

Friday, March 6, 2009

Misteri Batu Hajar Aswad

Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi.Fakta ini telah di diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah. Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan keluar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, di berkata : "Planet Bumi ternyata menggantung di area yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya?."


Para astronot telah menemukan bahwa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara resmi mereka mengumumkannya di Internet,tetapi sayang nya 21 hari kemudian website tersebut raib yang sepertinya ada asalan tersembunyi dibalik penghapusan website tersebut.


Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebutberpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka'Bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite ( tidak berujung ), hal ini terbuktikan ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus. Para peneliti Muslim mempercayai bahwa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka'Bah di planet Bumi dengan Ka'bah di alam akhirat.


Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu area yangbernama 'Zero Magnetism Area', ertinya adalah apabila kita mengeluarkan kompas di area tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali karena daya tarik yang sama besarnya antara kedua kutub. Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan gravitasi.


Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingiKa'Bah, maka seakan-akan diri kita di-charged ulang oleh suatu energi misterius dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah. Penelitian lainnya mengungkapkan bahwa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga bisa mengambang di air. Di sebuah musium di negara Inggris, ada tiga buah potongan batu tersebut ( dari Ka'Bah )dan pihak musium juga mengatakan bahwa bongkahan batu-batu tersebut
bukan berasal dari sistem tata surya kita.


Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah SAW bersabda, "Hajar Aswad ituditurunkan dari surga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya
hitam. ( Jami al-Tirmidzial-Hajj (877)

Tercekik tulang ayam

Kalu baca jer tajuk tu, mesti org akan ckp aku ni tak baca doa makanla @ makan dgn gelojohla. Tp aku ada citer sebaliknya. Sebenarnya pd hari tu, aku mengajar anak murid aku ttg hari kantin. Aku pesan dgn mereka kalu nak bawa makanan jgn yg betul2, buat tipu2 jer.


Anak murid aku punyala semangat, mereka bawa makanan mcm nak buat jamuan kelas. Ada yg bawa makanan dr rumah dan ada yg beli dari kantin sekolah. Kalu dah ada makanan yg lebih, mestilah cikgunya bawa balik skit. Aku dgn suka hati amik 2 ketul ayam, iaitu pada bahagian dada dan kepak ayam.


Sesampai jer kt rumah aku dok rileks dulu, selesaikan apa yg patut. Bila dah selesai, masa utk makan ayam black pepper anak murid aku punyala. Aku pun kunyahlah ayam black pepper tu walaupun ada sikit liat. Mulut aku ni ada problem skit sbb pakai braces tak leh kunyah makanan yg keras2. Oleh kerana makanan tu dah masuk mulut aku pun kunyah dan kunyah.


Ops..bila nak telan jer aku rasa mcm ada benda yg tersekat pada tekak aku. Alamak, aku dah cuak. Dalam fikiran aku cuma ingat tulang ayam jer. Betul ke aku tertelan. Aku pergi ke sinki utk muntahkan makanan tu, yela mana tau leh kuar. Malang sekali, makanan tu tak leh kuar. Aku dah mula panik. Aku cungkil anak tekak aku guna jari, tulang tu tak kuar2 cuma berlaku pendarahan sikit.


Aku mula teriak ayah aku yg ketika tu sdg duduk kt ruang tamu. Ayah aku cuba mententeramkan aku sbb badan aku mula dibasahi dgn peluh. Lagi pun aku rasa dada aku turun naik sbb ssh utk bernafas. Hati kecil aku berdetik, ni mesti kena pg hospital.


Lama-kelamaan, makanan yg tersekat tu turun secara perlahan-lahan. Alhamdulillah, kesakitan itu mulai hilang secara beransur-ansur. Aku betul2 bersyukur sbb tak ada perkara yg lebih serius yg berlaku.


Kali ini setiap kali aku makan, aku kunyah dgn perlahan dan berhati-hati sbb trauma tertelan tulang ayam..



Adakah aku betul2 tertelan tulang ayam??

Thursday, March 5, 2009

Kereta rosak

Hari Sabtu yang lepas, kereta aku buat ragam. Baru jer aku hantar pg servis, ada lagi masalah yg menimpa. Apa leh buat, kalu dah ada keta rosak mesti kena kuar duit. Nak jdkan citer sbenarnya aku tak tahu menahu wayar gear auto aku kena gigit ngan cik ti. Kawasan rumah aku ni mmg byk cik ti yg saiz badannya seperti anak kucing. Kucing kat tempat aku ni malas nak amik peduli ngan ngan cik ti sbb dah jemu tgk derang setiap hari. Rosak habis wayar gear aku, sampai kena ganti baru. Aku dah cuak sbb aku fikir mesti byk guna duit ni. Tp ramalan ku kurang tepat sbb aku mampu membayarnya. Alhamdulillah keta aku lepas jer dibaiki, dah tak de ragamnya lagi. Mudah2an lps ni tak ada incident ni lg la.

Ajal maut ketentuan tuhan

Baru-baru ni aku baru jer kehilangan tok sedara ku di kg. Aku baru jer bertemu ngan arwah semasa kenduri arwah isterinya, tp apa yg menyedih selang 2 minggu aku mendengar berita kematian darinya. Arwah tok sedara ku ni sebenarnya seorang imam di masjid. Arwah tok sedara aku telah meniggal dunia semasa dia pulang dari masjid sesudah sembahyang subuh. Arwah selepas jer solat, dia ingin menuju ke gerai makan untuk bersarapan. Malangnya dia ditimpa kemalangan semasa menuju ke gerai makan tersebut. Nak kata ada yg melanggarnya, arwah sebenarnya menunggang motor di bahu jalan dengan kelajuan yg amat perlahan. Cuma pada ketika itu, arwah tidak memakai helmet. Sebelum ni arwah ada memberitahu yg dia ingin meninggal pada hari Jumaat dan dikebumikan di sebelah kubur isterinya. Doa arwah termakbul apabila dia sendiri meninggal dunia pada pagi Jumaat. Al-Fatihah untuk tok sedara ku...