Monday, May 18, 2009

Selamat Hari Jadi Mak


Orang kata aku lahir dari perut mak.. (bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku.....mak

Bila lapar, yang suapkan aku....mak

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut...Mak

Bila bangun tidur, aku cari....mak

Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak

Bila nak bermanja, aku dekati....mak

Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak

Bila nakal, yang memarahi aku....mak

Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak

Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak

Bila takut, yang tenangkan aku....mak

Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak

Aku selalu teringatkan ....mak

Bila sedih, aku mesti talipon....mak

Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak

Bila bengang.. aku suka luah pada..mak

Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "

Bila sakit, orang paling risau adalah....mak

Bila nak exam, orang paling sibuk juga.....mak

Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak

Bila ada masalah, yang paling risau.... mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak

Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak

kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak

Yang selalu berleter kat aku...mak

Yang selalu puji aku...mak

Yang selalu nasihat aku....mak

Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku

Bila sedih, aku cari....mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku

Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku

Bila berduka, aku peluk erat....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku

Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku

Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku

Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak


Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?

mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..........


MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....


Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....

berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....

berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....

berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......

berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya.....

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan

akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.

Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:
Tolong pergi kedai : RM4.002)
Tolong jaga adik : RM4..003)
Tolong buang sampah : RM1.004)
Tolong kemas bilik : RM2.005)
Tolong siram bunga : RM3.006)
Tolong sapu sampah : RM3.00Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.


Selamat Hari Jadi ibuku..Pn Azizah

Jasa Mak ku kenang sampai bila2

Hari Guru


Setiap kali bulan 5, ada satu hari yg paling bermakna dalam kerjaya ku sbg pendidik iaitu sambutan Hari Guru. Tahun ni memandangkan aku pgg jawatan naib pengerusi bilik guru, kenalah aku membuat persiapan yg gempak2. Tahun ni ada kelainan ckit sbb kalu dulu ada pertukaran hadiah tp memandangkan ada yg tak berpuas hati..so ditukar kepada cabutan hadiah. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar tp tak tau lah kalu ada yg ckp belakang. Acara menjatuhkan botol dengan balingan buah kelapa mmg best sbb semua guru kt sekolah aku sporting menyertai permainan ini. Acara ni mcm main boling la..tp yg payahnya buah kelapa ni rupanya tak bulat so ada kesukaran utk menjatuhkan semua botol. Lepas tu pulak acara membawa bola ping pong dengan menggunakan sudu. Nmpk mcm senang tp sbnrnya ssh sbb bola ping pong ni mesti dibawa dengan menggunakan mulut. Aku nak tergelak ngan aksi kawan2 ku yg begitu semangat utk menang.




kek Hari Guru..penuh dgn coklat dan gula.



Leh potong kek sekrg tak..dah tak tahan dgn baunya la..lapar

Finalis guru yg suka senyum hehehe

Jom nyanyi ramai2 ...Selamat Hari Guru versi Lagu Hari Jadi





Tema baju kali ni pink and purple

Gmbr bersama org kuat sk aku..



Pengerusi dan Setiausaha bilik guru yg turut beri pose istimewa



Gb dan GPK HEM aku



nmpk mcm tak sabar jer nak mula game



Baik2 stapler ..takut luka kepala budak


sapa di antara kami yg paling menarik



mcm aku jer yg juara..hebatkan..



Tekunnya kupas epal..jgn sampai terpotong jari sudahla



Tunduk mcm nak makan epal jer


Selepas tu acara bersambung di dalam dewan. Acara diteruskan lg dengan mereka baju menggunakan surat khabar. Tak ku sangka ada di antara kawan2ku yg kreatif menghasilkan baju menggunkan surat khabar. Kalu tak jd cikgu, leh jd pereka fesyen hahaha. Akhir sekali acara mengupas kulit epal yg paling panjang. Wpun permainan ni khusus utk cikgu perempuan tp ada cikgu lelaki yg turut serta. Syabas sbb dia pun tersenarai mendapat no 2..kira terrorla.

Sunday, May 17, 2009

Program sekolah


Lama tul tak update blog ni ka..almaklum la bz ngan kerja sekolah..mula ngan hari anugerah cemerlang..sambutan maulud nabi...sambung pula ngan sukan sekolah...aku rasa nak cuti panjang jer..bercerita ttg maulud nabi, aku rasa tahun ni yg paling ekspres sbbnya hr tu ada 2 program dalam masa satu hari..waktu pagi belajar sperti biasa. Lps rehat pula program Anti Dadah..selepas tu sambung maulud nabi....nasib baik tak jemput penceramah utk maulud nabi dari luar, kalau tidak..buat malu jer...masa yg diperuntukkan cuma 1 jam sahaja.. Yg paling best maulud nabi kali ni, murid2 diberi makan aiskrim selain daripada makan nasi minyak..kiranya mrk happy la.
sapa nak aiskrim?

makan aiskrim hingga menjilat jari..nyum nyum
ni mesti kes dah kenyang....tak leh nak habiskan aiskrim

sedapnya aiskrim



Kalau pasal sukan pula, alhamdulillah rumah biru juara buat ke18 kali dan paling bermakna tahun ni sbb aku jd ketua pasukan rumah biru..nak training budak ssh gak sbb kena ajar budak bwh 8 utk melompat jauh..masa keputusan diumumkan agak berdebar2 sbb kali ni pesaingan sengit antara rumah merah dan hijau..apa2 pun aku ttp berbangga dgn atlit rumahku..






champion utk ke 18..horrey



go Aminah (blue team) go!!