Friday, March 6, 2009

Tercekik tulang ayam

Kalu baca jer tajuk tu, mesti org akan ckp aku ni tak baca doa makanla @ makan dgn gelojohla. Tp aku ada citer sebaliknya. Sebenarnya pd hari tu, aku mengajar anak murid aku ttg hari kantin. Aku pesan dgn mereka kalu nak bawa makanan jgn yg betul2, buat tipu2 jer.


Anak murid aku punyala semangat, mereka bawa makanan mcm nak buat jamuan kelas. Ada yg bawa makanan dr rumah dan ada yg beli dari kantin sekolah. Kalu dah ada makanan yg lebih, mestilah cikgunya bawa balik skit. Aku dgn suka hati amik 2 ketul ayam, iaitu pada bahagian dada dan kepak ayam.


Sesampai jer kt rumah aku dok rileks dulu, selesaikan apa yg patut. Bila dah selesai, masa utk makan ayam black pepper anak murid aku punyala. Aku pun kunyahlah ayam black pepper tu walaupun ada sikit liat. Mulut aku ni ada problem skit sbb pakai braces tak leh kunyah makanan yg keras2. Oleh kerana makanan tu dah masuk mulut aku pun kunyah dan kunyah.


Ops..bila nak telan jer aku rasa mcm ada benda yg tersekat pada tekak aku. Alamak, aku dah cuak. Dalam fikiran aku cuma ingat tulang ayam jer. Betul ke aku tertelan. Aku pergi ke sinki utk muntahkan makanan tu, yela mana tau leh kuar. Malang sekali, makanan tu tak leh kuar. Aku dah mula panik. Aku cungkil anak tekak aku guna jari, tulang tu tak kuar2 cuma berlaku pendarahan sikit.


Aku mula teriak ayah aku yg ketika tu sdg duduk kt ruang tamu. Ayah aku cuba mententeramkan aku sbb badan aku mula dibasahi dgn peluh. Lagi pun aku rasa dada aku turun naik sbb ssh utk bernafas. Hati kecil aku berdetik, ni mesti kena pg hospital.


Lama-kelamaan, makanan yg tersekat tu turun secara perlahan-lahan. Alhamdulillah, kesakitan itu mulai hilang secara beransur-ansur. Aku betul2 bersyukur sbb tak ada perkara yg lebih serius yg berlaku.


Kali ini setiap kali aku makan, aku kunyah dgn perlahan dan berhati-hati sbb trauma tertelan tulang ayam..



Adakah aku betul2 tertelan tulang ayam??

No comments:

Post a Comment