Thursday, March 5, 2009

Ajal maut ketentuan tuhan

Baru-baru ni aku baru jer kehilangan tok sedara ku di kg. Aku baru jer bertemu ngan arwah semasa kenduri arwah isterinya, tp apa yg menyedih selang 2 minggu aku mendengar berita kematian darinya. Arwah tok sedara ku ni sebenarnya seorang imam di masjid. Arwah tok sedara aku telah meniggal dunia semasa dia pulang dari masjid sesudah sembahyang subuh. Arwah selepas jer solat, dia ingin menuju ke gerai makan untuk bersarapan. Malangnya dia ditimpa kemalangan semasa menuju ke gerai makan tersebut. Nak kata ada yg melanggarnya, arwah sebenarnya menunggang motor di bahu jalan dengan kelajuan yg amat perlahan. Cuma pada ketika itu, arwah tidak memakai helmet. Sebelum ni arwah ada memberitahu yg dia ingin meninggal pada hari Jumaat dan dikebumikan di sebelah kubur isterinya. Doa arwah termakbul apabila dia sendiri meninggal dunia pada pagi Jumaat. Al-Fatihah untuk tok sedara ku...

No comments:

Post a Comment