Tuesday, February 10, 2009

LUAHAN HATI SEORANG CIKGU

Ramai orang kata cikgu ni kerja senang...
pukul 1 petang dah boleh pulangkalau masuk kelas,
bebel-bebel sikit,
lepas tu keluar.........
Ramai orang kata cikgu ni kerja senang..........
boleh marah sesuka hati pada budak kerja rileks tak pening kepala....
banyak sembang di bilik guru dari buat kerja.....
Ramai orang kata cikgu ni kerja senang.......
banyak cuti dari bekerja...
TETAPI
Orang tak tahu.....
Memang kami balik jam 1.00,
tapi lepas tu ada aktiviti kokurikulum
petang dan malam terpaksa mengajar kelas tambahan dari pihak sekolah...
kekadang tak ada masa untuk diri sendiri.
Ramai orang tak tahu.......
masuk kelas bukan membebel macam tu saja,
sebelum masuk
kena buat persediaan mengajar/ mengeja kena marah dek cikgu,murid tunjuk muka..
terus report pada emak ayah dia
silap hari bulan keluar paper atau masuk berita
penyudahnya cikgu kena tukar ikut suka depa....
Ramai orang tak tahu.......
cikgu bukan kerja rileks habis kerja kena buat kerja lain,
kerja perkeraniaan,
isi data budak,tulis surat, hantar budak ke klinik.
hantar budak pertandingan,tanda buku latihan,buat soalan ujian,peperiksaan hantar data,
menaip dan macam-macam lagi terpaksa dibuat.....
Ramai orang tak tau....
kalau sekolah cuti,
cikgu kekadang kena ke sekolah juga sebab nak siapkan kerja
Ramai orang tak tahu...
cikgu dah mula pening kepala dan stress bukan layan karenah budak,
tapi dok layan karenah mak bapak..
Ramai orang tak tahu cikgu ni moto dia ada satu saja '
saya yang menurut perintah'
Sekarang kami nak bagi tahu hargailah pengorbanan seorang insan bergelar
"CIKGU"

No comments:

Post a Comment