Monday, January 5, 2009

First day at school


Hari pertama persekolahan di sk aku sibuk dgn ibu bapa yg menghantar anak mereka ke sekolah. Seperti tahun lepas, ada murid yg belum boleh sesuai dgn persekitaran sekolah. Biasalah murid tahun 1, masih baru dan tidak mahu berenggang dgn ibu bapanya. Hari ni juga aku berjumpa dgn boss lama aku masa di Harta Consult iaitu En Mohd Noor. Rasa dah dekat 8 tahun la aku abis praktikal di Harta Consult. Anak bekas bos aku pun dah sekolah. Tanpa aku sedari, sekejap jer masa berlalu meninggalkan aku. Bagi aku masa tak menunggu tp aku kena kejar masa utk menyiapkan tugasan aku. Kini tahun baru membuka tirai utk aku cuba menguruskan waktu dgn lebih baik. Kurangkan melakukan benda yg tak berfaedah dan mahirkan diri dalam pelbagai bidang dan tingkatkan iman aku sempena sambutan awal muharam baru2 ni.
Perkara yg pertama yg mesti diselesaikan ialah dengan membuat jadual waktu serta jadual tugasan. Alhamdulillah semuanya telah aku buat sehabis boleh sbb kalu aku tangguh, banyak perkara lain yg perlu aku selesaikan. Sekarang ni hanya menanti melengkapkan register murid jer.
Kesabaran aku pd tahun ini diuji apabila aku mengajar kelas yg plg lemah. Murid yg lemah ni ptt dibimbing dgn baik. Tp apa yg aku dapati murid2 yg aku ajar pd thn ni bukan shj lemah tp malas. Aku berasa pelik bila jawapan yg terpampang tulis kt depan pun masih ada yg salah tulis. Apatah lagi bila hendak menyalin, dengan slow motion nya mrk membuat kerja. Tahun ni aku mesti banyak2 bersabar.

No comments:

Post a Comment