Sunday, January 4, 2009

kembali ke sekolah

Sebelum sesi persekolahan bermula, sekolah aku telah mengadakan mesyuarat guru kali pertama. Meeting kali ni mmg lama sbb membincangkan ttg meningkatkan prestasi sekolah dalam pencapaian UPSR. Dalam meeting ini juga, buku rekod, register murid dan takwim sekolah diberi kepada guru2. Semasa meeting ini juga membincangkan ttg isu pungutan yuran kerana pihak sekolah dilarang memungut yuran sehingga diberitahu oleh pihak atasan. Tahun 2009 juga, aku secara rasminya dilantik sbg guru kelas tahun 4 serta beberapa jawatan lain yg penting utk aku ..
Dalam 2, 3 hari yg lepas aku telah membuat persediaan untuk kembali semula bertugas di sekolah. Seperti biasa, barang2 yg perlu aku sedia ialah pen merah dan pen hitam. Pen merah biasa digunakan utk menanda buku dan pen hitam pula utk menulis buku rekod. Tapi aku paling pelik ialah pen tersebut kadang2 boleh hilang di sekolah sbbnya sewaktu kerja sdg sibuk, secara tak langsung aku tak ingt pen itu aku letak di mana. Kadang2 aku beri pinjam pd kawan sekerja dan mrk lupa utk memulangkan semula kpd aku. Kali ini aku beli byk pen utk dibuat stok simpanan aku. Tak kurang juga dgn kertas warna utk menceriakan kelas. Ada juga beberapa peralatan yg lain yg tak perlu aku sebutkan di sini tp yg penting barang2 ni yg byk duit aku laburkan utk keperluan aku. Ini tak termasuk dgn duit lembaran kerja utk murid melakukan aktiviti dalam bilik darjah. Semuanya itu aku lakukan dgn hati yg ikhlas sbbnya bg aku apabila murid kita berjaya, kita akan tumpang gembira dgn kejayaan mereka.
Oleh kerana aku mgajar subjek PJPK, aku juga menyediakan beberapa pasang baju dan seluar sukan. Tak sabar rasanya utk mengajar subjek PJPK kerana kali ini aku mengajar tahun 1. Dalam berbelanja, aku perlu berjimat cermat kerana sekiranya brg yg lama boleh digunakan semula, aku gunakan semula. Apabila sekolah sudah bermula, byk tugasan yg perlu aku uruskan dan aku mengharapkan kali ini tugasan tersebut dapat diselesaikan dgn baik serta berjalan lancar.

No comments:

Post a Comment