Sunday, January 4, 2009

Menjadi ahli

Sewaktu cuti sekolah yg lepas, aku telah mendaftarkan diri utk menjadi ahli perpustakaan. Yelah rumah hampir dgn kemudahan ini, apa salahnya aku libatkan diri aku dgn aktiviti yg berfaedah spt membaca buku. Perpustakaan yg aku maksudkan ialah perpustakan awam negeri johor. Kalau dulu perpustakaan ismail sbg tmpt aku mdptkan sumber maklumat, kini telah diganti dgn perpustakan awam. Buku di perpustakaan awam kelihatan baru dan byk yg terkini. Sayangnya aku hanya boleh meminjam 2 buah buku berbeza dgn 3 buah buku di perpustakaan ismail. Bayaran pendaftarannya tidaklah mahal kerana semua mampu utk membayarnya.
Bercerita ttg buku, aku sudah menghabiskan buku twilight, new moon serta eclipse. Cuma tinggal buku breaking dawn jer dalam proses menamatkan trilogy ceriter twilight.
Pada mulanya, apabila aku membaca buku twilight, aku menyukai kisah percintaan Bella dgn Edward. Tp setelah membaca kisah yg seterusnya iaitu new moon dan eclipse, minat aku beralih arah kepada jacob. Ramai org memberi pandangan yg berbeza setelah membaca buku tersebut. terpulanglah kepada minat masing2 tp yg penting aku lebih suka Bella bersama Jacob. Pilihan dia memilih Edward kurang tepat krn dia telah menghancurkan hidupnya sbg mortal kepada immortal. Betullah kata org cinta itu buta, bila dah jatuh cinta, semua turutan kasih diturutkan.

No comments:

Post a Comment