Thursday, June 11, 2009

Matahari

Setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 6.30 ptg, aku mesti berebut tgk tv ngan mak aku. Mak aku nak tgk citer Cinta Indah 2 di siaran astro Aruna, aku pulak nak tgk citer Matahari sbbnya aku dah ikuti citer ni drpd episod pertama.

Permulaan citer ni mengisahkan Ariana yg ingin mengejar impiannya utk menjadi kaya. Berkenalan pula ngan Ikmal tp akhirnya cinta mereka tidak kesampaian sbb Ariana telah berkahwin dgn Dr yg merawat makciknya yg sakit dikampung.

Kalu tak de org jahat yg mempunyai penyakit hasad dengki dalam sesebuah citer tak sah, termasuklah citer Matahari ni.

Ariana yg tak de kelulusan senang mendapat pekerjaan yg bagus2 serta berkenalan ngan ramai lelaki. Hidup Ariana sentiasa mewah tinggal di rumah yg besar dan perabot yg mewah. Ada gak yg dia jatuh miskin jd penari dangdutla..dirogol oleh seseorang angkara Suria sepupu dia..tp dia sentiasa bernasib baik. Banyak watak dalam citer ni mati dibunuh atau mati kerana sakit termasuklah bayi Ariana.
Ariana sering bertemu ngan lelaki yg kaya dan dia sentiasa kawin cerai. Tak pernah aku tgk citer melayu yg kawin byk suami.

Sepanjang citer ni ditayangkan di tv bukannya best tp semakin tak logik. Lemahnya director yg arah citer ni.

Kesudahan citer Matahari ni menunjukkan Ariana mendapat balasan yg setimpal dgn perbuatannya membunuh org dgn hukuman gantung sampai mati. Ariana akhirnya sedar yg dia ni tak boleh melakukan keputusan mengikut emosi, yelah kalu bercinta pun takkan sampai membunuh isteri orang. Tapi tak taula kalu ada kesambungan utk citer Matahari sebabnya tiba2 Adi Putra muncul sbg lawyer tersenyum sinis semasa memasuki makhamah. Endingnya touching sbb Ikmal dapat melihat semula hasil bantuan Ariana yg mendermakan matanya kepada Ikmal.

No comments:

Post a Comment